Bilangan pendakwah untuk Orang Asli di Kelantan cukup - Maik

Bilangan pendakwah untuk Orang Asli di Kelantan cukup – Maik

TENGKU MOHAMAD RIZAM TENGKU ABDUL AZIZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) tidak berdepan sebarang isu berkaitan kekurangan pendakwah dalam membantu saudara baharu melibatkan Orang Asli di Gua Musang.

Yang Dipertuanya, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, pihaknya mampu meneruskan program dakwah dalam usaha mengukuhkan pemahaman Islam kepada masyarakat Orang Asli di kawasan tersebut.

Menurutnya, bilangan pendakwah ketika ini melibatkan seramai 47 penggerak masyarakat Orang Asli Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), guru agama Orang Asli Maik (56 orang) , mualim Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (Jaheaik) (tujuh orang) dan dai Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) (tiga orang).

“Setakat ini, tiada isu mengenai kekurangan pendakwah dalam membantu membimbing masyarakat Orang Asli termasuk untuk mengislamkan mereka.

“Unit Dakwah Maik bertanggungjawab untuk merancang, melaksanakan program dan aktiviti kepada masyarakat saudara baharu khususnya Orang Asli di Kelantan,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Pelepasan Misi Sumbangan Bantuan Bakul Makanan Kepada Orang Asli di pekarangan lobi Maik, Kompleks Balai Islam di sini semalam.

Mengulas lanjut, Tengku Mohamad Rizam memberitahu, Maik telah membelanjakan kira-kira RM5 juta bagi pelaksanaan program dan aktiviti dakwah termasuk program sumbangan selain bantuan kepada saudara baharu termasuk Orang Asli.

Katanya, program dakwah kepada Orang Asli yang dijalankan antaranya kelas fardu ain, bengkel pemantapan dakwah kepada pendakwah Orang Asli, program Ihya’ Ramadan dengan kerjasama Penggerak Masyarakat Orang Asli Kelantan, program Maal Hijrah dan ibadah korban.

“Selain itu, Maik turut memberi bantuan kepada golongan asnaf, bakul hari raya, tajaan pengajian, sumbangan kewangan untuk surau dan masjid di perkampungan Orang Asli,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya