Anwar solat Jumaat di Masjid Al-Hilmi, Dengkil

Anwar solat Jumaat di Masjid Al-Hilmi, Dengkil

anwar ibrahim
ANWAR Ibrahim bersalaman dengan orang ramai selepas menunaikan solat jumaat di Masjid Al-Ilmi Dengkil, Selangor. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat bersama rakyat di Kampung Dato’ Ahmad Razali, dekat sini.

Beliau yang tiba kira-kira pukul 1.07 tengah hari disambut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar serta jemaah yang lain.

Solat yang diimamkan oleh imam jemputan dari Masjid Raja Haji Fisabilillah, Cyberjaya, Ustaz Mohammad Khidir Ngah itu disertai lebih 1,000 jemaah.

Anwar bersama jemaah kemudian mendengar khutbah bertajuk Dunia Sementara, Akhirat Selamanya’ yang disampaikan imam Masjid Al-Hilmi, Muaz Ishak.

Isi khutbah yang disediakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) itu antara lain mengajak umat Islam untuk memanfaatkan peluang semasa hidup dengan memperbanyakkan amalan kebaikan.

Jelasnya, amalan kebaikan itu penting dibawa sebagai bekalan ke akhirat selain memohon semua jemaah agar berdoa dalam setiap waktu solat agar Allah SWT supaya mengurniakan keamanan serta kesejahteraan kepada rakyat Palestin.

Selesai solat Jumaat, Perdana Menteri bersama jemaah turut menunaikan solat hajat dan qunut nazilah bagi mendoakan kesejahteraan dan keselamatan umat Islam di Palestin.

Anwar turut meluangkan masa beramah mesra dan bergambar bersama jemaah yang hadir. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya