Ada kelab Liga M berdepan masalah gaji?

Ada kelab Liga M berdepan masalah gaji?

KEDAH Darul Aman FC perlu menyelesaikan tunggakan gaji hari ini atau terpaksa melupakan Liga Super musim ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Presiden Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Datuk Ab. Ghani Hassan tidak menolak kemungkinan ada kelab-kelab yang berkemungkinan berdepan masalah tunggakan gaji ketika ini.

Berdasarkan pengalamannya, Ab. Ghani berkata, punca masalah tunggakan atau kelewatan gaji berlaku kerana pihak kelab lambat menerima dana yang dijanjikan oleh pihak penaja masing-masing.

“Setakat ini, kita dengar (masalah kelewatan gaji).Tiada aduan tetapi berdasarkan pengalaman saya memang ada kelewatan sebab ia berlaku kerana pihak penaja belum memasukkan wang dalam kelab-kelab berkenaan.

“Jadi, mesti ada kelewatan. Perkara itu (kelewatan gaji) juga sedang dipantau oleh pihak MFL,” kata Ab. Ghani.

Ketika ini, beberapa kelab Liga Malaysia (Liga M) dikatakan berdepan masalah kelewatan gaji sehingga mempengaruhi aksi mereka di atas padang termasuk tewas dengan jumlah jaringan besar dan luar jangka.

Sementara itu kata Ab. Ghani, bahagian pelesenan sedang dalam proses melengkapkan dokumentasi kelab-kelab bagi memastikan mereka layak untuk mendapat Lesen Kebangsaan bagi bersaing di Liga Super pada musim hadapan.

Mengulas sama ada kelab dari Liga M3 yang mungkin boleh dinaikkan ke Liga Super sekiranya ada kelab yang tidak dapat Lesen Kebangsaan pada musim depan, Ab Ghani berkata, perkara itu belum diputuskan.

“Ini juga di bawah bidang kuasa pelesenan MFL, masih dalam proses penilaian di peringkat pelesenan dan hanya akan diketahui pada hujung tahun ini sama ada kelab dari AFL (Amateur Football League) akan sertai Liga Super musim depan,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya