Terus cipta program jana pendapatan, hapuskan miskin tegar

Terus cipta program jana pendapatan, hapuskan miskin tegar

RAFIZI Ramli ketika ditemui selepas menghadiri Kovensyen Usahawan Cina Sedunia Ke-17 anjuran ACCCIM di Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan akan terus mencipta pelbagai program menjana pendapatan mampan untuk isi rumah pada masa depan demi menghapuskan kelompok miskin tegar di negara ini.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, ketika ini, pekerja di negara ini dibayar hanya lebih RM2 dari atas garis kemiskinan iaitu RM2,208.

Beliau berkata, cabaran utama di negara ini adalah mengenai usaha meningkatkan pendapatan rakyat dan majoriti isi rumah di negara ini mempunyai pendapatan yang amat rendah.

“Setelah meningkatkan kadar pendapatan, beberapa faktor dalam indeks kemiskinan pelbagai dimensi juga akan dibaiki secara sendirinya,” katanya ketika ditemui pada satu program di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai respon kepada kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang membangkitkan keraguan terhadap sasaran Kerajaan Perpaduan untuk menghapuskan kemiskinan tegar di negara ini.

Ahli Parlimen Pagoh itu turut mempersoal sama ada garis kemiskinan yang digunakan kerajaan ketika masih realistik atau tidak malah, mahu kemiskinan tegar diatasi menerusi pelbagai dimensi.

Rafizi berkata, kerajaan juga melabur dalam infrastruktur di bawah pelbagai inisiatif bagi mengurangkan kemiskinan, termasuk memperkenalkan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR).

“Jadi saya rasa mungkin lebih senang untuk mana-mana ahli politik hanya bercakap benda di Parlimen semata-mata untuk dilihat bijak,” katanya. – UTUSAN

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.