Mentaliti juara kunci kemenangan Maghribi

Mentaliti juara kunci kemenangan Maghribi

PEMAIN pertahanan Kanada, Niko Sigur (kiri) menanduk bola sambil diasak pemain tengah Maghribi, Neil El Aynaoui, dalam aksi pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2026 di Stadium Houston.– AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HOUSTON: Pemain tengah Maghribi, Neil El Aynaoui menegaskan semangat juang yang tinggi menjadi kunci kebangkitan pasukannya selepas menewaskan Kanada 3-0 untuk melangkah ke suku akhir Piala Dunia, awal pagi tadi.

Katanya, Maghribi berdepan tekanan hebat daripada Kanada pada separuh masa pertama apabila lawan tampil agresif dan mencipta beberapa peluang berbahaya.

“Mereka benar-benar menyukarkan kami menerusi corak serangan pada separuh masa pertama.

“Namun, kekuatan pasukan ini sejak beberapa tahun lalu ialah kami tidak pernah berputus asa. Hari ini, kami sekali lagi membuktikannya dan akhirnya memperoleh keputusan yang kami mahukan,” katanya.

Maghribi yang bergelut mencari rentak pada babak pertama bangkit sebaik permainan bersambung apabila Azzedine Ounahi meledak dua gol sebelum pemain gantian, Soufiane Rahimi melengkapkan kemenangan bergaya skuad Singa Atlas itu.

Kemenangan tersebut menyaksikan Maghribi mara ke suku akhir Piala Dunia buat edisi kedua berturut-turut, sekali gus meneruskan impian mereka untuk mencipta satu lagi sejarah di pentas dunia.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN