KAIA Heights, kediaman tinggi di atas bukit - Utusan Malaysia

KAIA Heights, kediaman tinggi di atas bukit

ILUSTRASI artis untuk projek KAIA Heights.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAIA HEIGHTS menampilkan kediaman bertingkat tinggi di puncak bukit Equine Park, Seri Kembangan yang dilengkapi dengan pelbagai alam semula jadi yang dipelihara, landskap dan kemudahan menarik yang lain.

Projek UEM Sunrise Berhad (UEM Sunrise) tersebut terletak di dataran tinggi yang dikelilingi oleh Persiaran Equine Perdana dan Jalan Equine dan dibangunkan di kawasan seluas 7.78 hektar berlatarbelakangkan bandaraya Kuala Lumpur, Bukit Jalil dan Hutan Simpan Ayer Hitam.

Dikelilingi oleh kehijauan semula jadi yang subur, KAIA Heights menyediakan 2.4 hektar kawasan alam semula jadi yang dipelihara dan 3.2 hektar landskap serta kemudahan yang memenuhi keperluan keluarga pelbagai generasi yang mencari ketenangan hidup.

UEM Sunrise berkata, KAIA Heights boleh dimiliki pada harga bermula RM567,800 dengan kawasan binaan setiap unit antara 972 kaki persegi hingga 1,437 kaki persegi bagi fasa pertama.

Ujarnya, beberapa unit juga dilengkapi dengan ruang tambahan yang boleh ditukar kepada pejabat di rumah, gim mini atau kawasan permainan kanak-kanak.

“KAIA Heights juga dilengkapi dengan kemudahan termasuk gelanggang futsal, gelanggang bola keranjang, denai larian 1.2 kilometer (km), dewan serbaguna dan gelanggang badminton, gimnasium, tiga kolam berbeza, kawasan permainan berbilang generasi dan pavilion barbeku.

“Semua kemudahan ini dapat diperoleh dalam kawasan 3.2 hektar. KAIA Heights berusaha untuk mempromosikan gaya hidup aktif untuk penduduknya sambil dikelilingi oleh alam semula jadi,” katanya.

Terhad kepada 10 unit setiap tingkat, KAIA Heights yang berketumpatan rendah dibina dalam dua fasa pembangunan iaitu setiap fasa terdiri daripada dua menara dan menempatkan kira-kira 30 tingkat setiap satu.

Projek ini terletak berhampiran dengan lebuh raya utama termasuk Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Lebuhraya Maju (MEX), Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan Lebuhraya Bukit Jalil serta sekitar 1.6 km perjalanan menggunakan kereta ke stesen Transit Aliran Massa (MRT) Taman Equine.

“KAIA Heights direka untuk memberi inspirasi kepada pengalaman hidup menggembirakan bagi menyediakan ruang kepada penduduk yang mencari kualiti hidup yang lebih baik untuk diri mereka dan keluarga mereka.

“Pembangunan berorientasikan keluarga ini dibina dengan banyak ruang hijau, kemudahan rekreasi gabungan, menyediakan jalan untuk gaya hidup aktif sambil menawarkan akses mudah ke pelbagai kemudahan penjagaan kesihatan, hab pendidikan dan runcit.

“Persekitaran berkepadatan rendah menambah nilai dan daya tarikan KAIA Heights, sekali gus menjadikan pembangunan ini sesuai untuk pembeli rumah kali pertama, naik taraf serta pasangan muda,” ujarnya.

KAIA Heights kini mendapat pensijilan perak GreenRE.

Pembangunan tersebut menggunakan bahan tidak toksik, beretika dan mampan serta memanfaatkan air hujan untuk pengairan.

Fasa pertama pembangunan tersebut disasarkan siap pada suku pertama 2025. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya