Hoki 'penyelamat' permulaan hambar Kontinjen Malaysia

Hoki ‘penyelamat’ permulaan hambar Kontinjen Malaysia

PEMAIN Hoki Malaysia Meor Muhamad Azuan Hasan cuba melepasi kawalan pemain Thailand pada aksi pertama Kumpulan B Sukan Asia Hangzhou, semalam.-IHSAN MOM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kejayaan skuad hoki negara membelasah Thailand 9-0 dalam aksi pembukaan Kumpulan B, Sukan Asia Hangzhou berjaya menjadi penyelamat buat Kontinjen Malaysia yang bermula hambar pada hari pertama temasya empat tahun sekali itu.

Tampil selaku pasukan pilihan di Sukan Asia Hangzhou, skuad kendalian Arul Selvaraj mempamerkan aksi garang seolah-olah beraksi dalam aksi pemanas badan untuk membenam Thailand sebelum turun dalam perlawanan kedua menentang Oman esok.

Terdahulu, atlet wusyu, Wong Weng Son berpeluang untuk menjadi penyumbang pingat pertama negara dalam acara changquan namun, atlet kelahiran Seremban, Negeri Sembilan sekadar berada di kedudukan dua tercorot daripada 14 peserta.

Tidak lama selepas itu, impian Malaysia untuk sekurang-kurang meraih gangsa daripada wusyu turut tidak kesampaian apabila Sydney Chin Sy Xuan yang turun beraksi dalam acara taijiquan dan taijijian menamatkan saingan di kedudukan kelima dalam kedua-dua acara.

Sementara itu, tembakan penembak negara, Alia Husna Budruddin dan Nur Suryani Mohamed Taibi juga tersasar, sekali gus gagal mara ke pusingan akhir acara 10 meter air rifle.

Keputusan itu sudah dijangka kerana ia bukanlah acara utama buat kedua-dua penembak negara itu namun, Alia berjaya mencatatkan rekod terbaiknya dan Suryani masih lagi mempunyai sentuhan biarpun sudah lama tidak menyertai pertandingan kompetitif.

Alia menamatkan saingan acara 10 meter air rifle di kedudukan ke-39 dari 62 peserta selepas mengumpul 619.9 mata manakala Suryani berada tangga ke-44 dengan 617.8 mata.

Bagi acara Taekwondo pula, perjalanan kedua-dua wakil negara Jason Lee dan Nurul Hidayah Abdul Karim terksekat di peringkat suku akhir selepas tumpas kepada lawan masing-masing dalam acara poomsae individu.

Acara renang di Sukan Asia turut membuka tirai semalam, namun tiada seorang pun perenang negara berjaya berada dalam kelompok lapan terbaik untuk ke final termasuk Phee Jinq En yang dua kali beraksi di Sukan Olimpik dan juga pemegang rekod kebangsaan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya