Gading Kencana latih usahawan solar melalui Solarpreneur

Gading Kencana latih usahawan solar melalui Solarpreneur

solar
UNTOR Tobeng (kanan) menyerahkan surat tawaran kepada salah seorang peserta Solarpreneur Gading Kencana pada Program Aspirasi Keusahawanan Bumiputera (Mercu) Mara di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: SELARI dengan dasar kerajaan melalui Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara, syarikat dan usahawan kecil bakal menerima manfaat daripada peralihan kepada tenaga boleh diperbaharui (TBB) termasuk mencebur diri dalam bidang berasaskan solar terutama sebagai usahawan dalam Net Energy Metering (NEM).

Bagi merealisasikan usaha ini, Gading Kencana Sdn. Bhd., iaitu antara pemain industri solar terkemuka negara ini, turut memainkan peranan dengan menyediakan latihan kepada mereka yang berminat menceburi industri ini terutama dalam pemasangan solar untuk kediaman melalui NEM.

Pengarah Urusan Gading Kencana, Datuk (Dr.) Ir. Guntor Tobeng berkata, program itu adalah kerjasama dengan MARA negeri Selangor dengan sasaran untuk meningkatkan kemahiran

250 juruelektrik elektrik untuk menjadi usahawan kontraktor sektor tenaga solar

“Objektif program adalah menyediakan peluang keusahawanan dalam industri yang berdaya saing ini di samping menyokong hasrat kerajaan mencapai netzero karbon menjelang tahun 2050,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Program Aspirasi Keusahawanan Bumiputera (Mercu) oleh Pengerusi Mara, Datuk Dr. Ashraf Wajdi Dusuki di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurut Guntor, program Solarpreneur itu juga bakal menambah ekuiti bumiputera dalam industri tenaga solar khususnya di dalam bidang operasi dan penyelenggaraan (O&M) serta  pasaran kedua yang akan membuka peluang untuk eksport ke luar negara.

Selain itu katanya, program itu akan turut menyediakan peluang pekerjaan dan meningkatkan nilai tambah graduan Giat Mara dalam sektor teras teknologi tinggi.

Menurut Guntor, program ini bukan setakat mengajar mereka memasang panel solar di rumah bawah NEM, tetapi peserta juga akan diasuh hingga mempunyai keupayaan membuka ladang solar.

Untuk permulaan katanya, calon-calon peserta akan ditemuduga berdasarkan kelayakan berkaitan kejuruteraan dan pemasangan solar.

Seterusnya kata beliau, mereka yang terpilih akan menjalani latihan dan kursus Solarpreneur selama tiga hari dua malam di ladang solar milik Gading Kencana. 

“Selepas itu mereka akan ditauliahkan dan akan menjalani mentorship oleh Gading Kencana serta mula diberikan tugas-tugas pemasangan solar fotovoltaik (PV).  Gading Kencana akan membantu Solarpreneur untuk menyertai industri Solar tanpa perlu kos penyertaan industri yang tinggi.

“Cukup dengan kemahiran yang disediakan melalui program ini, kita mampu membawa pemasang-pemasang solar ini ke peringkat seterusnya. Apabila pemasang-pemasang solar PV ini telah bersedia, mereka boleh berdaftar dengan SEDA sebagai RPVSP (Registered PV Service Provide,” jelas Guntor.

Katanya. Gading Kencana akan terus membantu  pemasang-pemasang solar untuk menjana pendapatan secara berulang dan yang paling utama Gading Kencana akan memecahkan lesen besar yang diperoleh ke bahagian yang lebih kecil dan mampu dipegang oleh usahawan-usahawan solar bumiputera itu.

“Ini akan membolehkan mereka memiliki ladang solar sendiri,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya