Operasi Rapid KL dilanjut hingga 2 pagi malam Merdeka

Operasi Rapid KL dilanjut ke 2 pagi malam merdeka

Teo Nie Ching diiringi Mohd Rani Hisham Samsudin (berdiri kanan) mengibarkan Jalur Gemilang bersama orang awam di sekitar Lobi KL Sentral dalam Program Pengedaran Jalur Gemilang di KL Sental, Kuala Lumpur hari ini. -UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Rapid KL akan melanjutkan masa perkhidmatan bas menjelang sambutan Hari Merdeka yang ke-66, Rabu dan Khamis ini.

Pada malam ambang kemerdekaan di Dataran Merdeka, perkhidmatan Rapid KL dilanjutkan sehingga pukul 2 pagi dan pada 31 Ogos pula perkhidmatan Rapid KL diawalkan ke pukul empat pagi.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching berkata, ini bagi memberi peluang  kepada orang ramai menyambut detik 12 malam kemerdekaan negara.

“Bagi sesiapa yang ingin turun di Dataran Putrajaya pada hari itu, tidak perlu risau kerana bas ulang-alik ada disediakan bagi memudahkan pengunjung.

“Terdapat dua tempat menaiki bas ulang-alik iaitu di Putrajaya Sentral Stesen dan juga di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)  untuk ke Dataran Putrajaya,” katanya.dalam sidang akhbar Program Pengedaran Jalur Gemilang di sini Kuala Lumpur Sentral (KL Sentral) hari ini.

Dalam majlis itu, beliau memakaikan Lencana Kemerdekaan kepada barisan hadapan petugas Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan Rapid KL.

Turut serta, Ketua Pegawai Eksekutif KTMB, Datuk Mohd. Rani Hisham Shamsudin dan Ketua Pegawai Operasi LRT, Rapid Rail Sdn. Bhd., Nor Azmi Mohd. Yusof.

Pada majlis itu sebanyak 600 set cenderamata turut diedarkan kepada orang ramai yang berada di ruangan lobi KL Sentral.

Nie Ching berharap, program pengedaran jalur gemilang tersebut akan menyemarakkan lagi suasana sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang akan datang. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN