Pengurangan 20 peratus kadar sewa premis PBT di Negeri sembilan

Pengurangan 20 peratus kadar sewa premis PBT di Negeri sembilan

AMINUDDIN Harun pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Seremban hari ini. UTUSAN/NOR SHAFIQAH MOHD. GHAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kadar sewa premis pihak berkuasa tempatan (PBT) di Negeri Sembilan dikurangkan sebanyak 20 peratus bermula Jun hingga Disember tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, pengurangan sewa selama tujuh bulan itu melibatkan penyewa premis di bawah Majlis Bandaraya Seremban (MBS), Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Majlis Perbandaran Jempol (MPJ), Majlis Daerah Tampin (MDT), Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP), Majlis Daerah Rembau (MDR) dan Majlis Daerah Jelebu (MDJ).

“Kami telah bersetuju pada hari ini untuk mengurangkan sebanyak 20 peratus kepada 5,199 unit premis dengan kos RM1.4 juta bermula Jun hingga Disember buat masa ini.

“Kos impak pengurangan adalah sebanyak RM1.4 juta. Bilangan premis yang terlibat adalah sebanyak 5,199 unit,” katanya semasa sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di sini hari ini.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru supaya semua PBT agar meneladani inisiatif Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang menurunkan kadar sewaan premis perniagaan bagi mengurangkan tekanan dan beban dihadapi peniaga dan penjaja. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN