ALOR SETAR: Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang dipecat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan kekal memegang jawatan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah dan Exco kerajaan negeri sehingga proses rayuan selesai. Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, kedua-dua mereka iaitu ADUN Sungai Tiang, Abd Razak Khamis dan ADUN Suka Menanti, Dzowahir Ab. Ghani berhak untuk merayu keputusan dibuat parti terhadap mereka. “Saya difahamkan mereka…










