FAM ada masa dua bulan, Lubnan tarik diri Pestabola Merdeka

FAM ada masa dua bulan, Lubnan tarik diri Pestabola Merdeka

UNDIAN Pestabola Merdeka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mempunyai tempoh hampir dua bulan untuk mencari pasukan baharu bagi menggantikan Lubnan yang menarik diri daripada menyertai kejohanan terbabit atas sebab tertentu.

Sekiranya gagal mencari lawan setara, kemungkinan besar perubahan format mungkin terpaksa dilakukan antara dilaksanakan berkonsepkan liga dan kiraan mata bagi menentukan pemenang sekali gus menyaksikan skuad Harimau Malaya masih bermain dua perlawanan.

Setakat ini tiada kenyataan rasmi daripada FAM dan Persatuan Bolasepak Lubnan namun menurut sumber, difahamkan surat bagi menyatakan hasrat untuk menarik diri daripada Pestabola Merdeka walaupun undian perlawanan itu sudah dilakukan pada minggu lalu surat diterima badan induk bola sepak negara.

Menurut sumber, faktor penarikan diri adalah disebabkan Lubnan akan bertemu Palestin pada aksi pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

“Walaupun undian telah dibuat tetapi Lubnan sudah menyatakan pendirian untuk menarik diri daripada Pestabola Merdeka. Tiada tindakan boleh diambil kepada mereka.

“FAM akan membuat kenyataan dalam masa terdekat berkenaan perkara ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Terdahulu, pada majlis undian Pestabola Merdeka baru-baru ini menyaksikan pertembungan melibatkan pasukan yang berada di ranking ke-96 dan 100 dunia iaitu Palestin serta Lubnan akan membuka tirai Pestabola Merdeka itu.

Skuad Harimau Malaya akan menentang India dengan pemenang membabitkan kedua-dua perlawanan akan berentap pada perlawanan akhir manakala yang tewas akan bertemu untuk merebut tempat ketiga.

Perlawanan itu juga menyaksikan kejohanan pertama sekali gus merasmikan padang baharu Stadium Nasional Bukit Jalil.

Kejohanan itu yang akan berlangsung dari 13 hingga 17 Oktober menjadi pentas terbaik buat Harimau Malaya untuk menguji kekuatan menjelang Piala Asia di Qatar tahun depan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya