PRN: PN Terengganu pertaruh calon wanita  - Utusan Malaysia

PRN: PN Terengganu pertaruh calon wanita 

ALIAS Razak (tengah) bergambar selepas sidang akhbar khas di Pejabat Badan Perhubungan Pas Negeri Terengganu di Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Perikatan Nasional (PN) bakal mempertaruhkan sekurang-kurangnya seorang calon wanita dalam  Pilihan Raya Negeri (PRN) di Terengganu pada 12 Ogos ini.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Dr. Alias Razak berkata, perkara itu telah dipersetujui Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam pembahagian kerusi yang telah dimuktamadkan secara bersama.

Namun, Ahli Parlimen Kuala Nerus itu enggan mengulas lanjut kerusi Dewan Undangan Negeri mengenai calon wanita tersebut dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)  yang bakal ditandingi.

“Semua perkara sudah ada persetujuan bersama termasuk pembahagian lima kerusi DUN kepada Bersatu.

“Difahamkan ada calon wanita, kita telah sepakat tentang itu. Kerusi DUN mana atau berapa ramai calon wanita, perlu tunggu pucuk pimpinan (umum).

“Kita akan umum 32 calon DUN dan seorang calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu di Rusila, Marang, malam esok,” katanya di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Alias berkata, Pas membidas tindakan parti politik yang menggunakan jentera kerajaan bagi tujuan politik menjelang PRN tidak lama lagi.

Menurut Alias, situasi itu tidak sepatutnya berlaku ketika larangan penggunaan aset kerajaan bagi tujuan berkempen sudah diketahui umum.

Beliau mendakwa, lebih malang lagi terdapat kempen parti lawan yang memasuki kawasan sekolah untuk berucap di hadapan pelajar-pelajar.

“Dalam program rasmi Kementerian Kesihatan baru-baru ini pun ada pemimpin berpakaian parti turut serta seolah-olah menggunakan penjawat awam untuk tujuan politik.

“Esok pula akan diadakan pelancaran jentera Perpaduan Terengganu ketika Jelajah Perpaduan Madani di sebuah sekolah di sini.

“Apabila ini berlaku, kita ingin tanya adakah larangan penggunaan aset atau premis kerajaan sudah dibatalkan dan pihak berkuasa perlu beri penjelasan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya