Calon presiden Columbia pro-Trump terpaksa bertanding pusingan kedua - Utusan Malaysia

Calon presiden Columbia pro-Trump terpaksa bertanding pusingan kedua

CALON presiden Colombia, Abelardo de la Espriella, berucap kepada penyokong selepas kiraan undi di monumen Ventana al Mundo di Barranqulla, Colombia, kelmarin. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BOGOTA: Peguam pro-Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, Abelardo de la Espriella, mendahului pencabar berhaluan kiri, Ivan Cepeda dengan undi tipis dalam pusingan pertama pilihan raya presiden Colombia kelmarin.

Selepas lebih 99 peratus undi dikira, de la Espriella meraih 43.72 peratus, manakala Cepeda memperoleh 40.92 peratus.

Calon konservatif, Paloma Valencia, berada di tempat ketiga dengan 6.92 peratus undi. 

Pusingan penentuan dijadualkan berlangsung pada 21 Jun.

Colombia merupakan sekutu utama AS di rantau itu, khususnya dalam kerjasama keselamatan dan usaha memerangi dadah.

AS juga merupakan rakan dagang terbesar Colombia, selain negara itu berkongsi sempadan panjang dengan Venezuela.

Hubungan antara Washington dan Bogota dilaporkan merosot dengan ketara dalam beberapa tahun kebelakangan ini di bawah Presiden Gustavo Petro, yang mengkritik dasar pengusiran besar-besaran Trump.

Beliau turut mengkritik serangan ketenteraan AS terhadap bot yang disyaki terlibat dalam penyeludupan dadah.

Kedua-dua pemimpin itu kerap berbalas sindiran melalui media sosial dan kenyataan awam.

Petro, yang merupakan presiden berhaluan kiri pertama Colombia, dilarang secara perlembagaan daripada bertanding untuk penggal kedua berturut-turut dan menyatakan sokongan kepada Cepeda. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN