Isteri atur suami bertunang kali kedua

Isteri atur suami bertunang kali kedua

PERTUNANGAN Wisana dimeriahkan dengan perarakan konvoi kenderaan. - Bangkok Post/Makkawan Wannakul
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Tindakan seorang wanita di Thailand mengatur majlis pertunangan buat suaminya untuk mengahwini isteri kedua menjadi tular di media sosial.

Ia berlaku selepas beliau menyatakan mahu hubungan tersebut diumumkan secara rasmi bagi mengelakkan sebarang spekulasi dan gosip masyarakat.

Menurut laporan Bangkok Post, majlis tersebut berlangsung di kampung Ban Nong Phai, wilayah Chaiyaphum, baru-baru ini.

Majlis itu dimeriahkan dengan dimeriahkan oleh perarakan konvoi kereta dan motosikal.

Isteri pertama, Yupin Thadthai,bertindak mengetuai perarakan berkenaan selain mempengerusikan majlis bagi menyerahkan hantaran pertunangan bernilai 300,000 baht (RM36,482).

Beliau juga menyerahkan emas bernilai 350,000 baht (RM42,563) untuk menyambut Onuma Janpeng sebagai isteri kedua kepada suaminya, Wisanu Prangchaiyaphum.

Yupin dan suaminya telah hidup bersama selama lebih 20 tahun dan dikurniakan seorang cahaya mata. Pasangan itu merupakan pemilik perniagaan peralatan audio serta beberapa premis hiburan.

Yupin menjelaskan bahawa dia telah mengenali Onuma selama lebih sedekad dan menyedari mereka berdua membesar tanpa sokongan emosi yang mencukupi. 

Menurutnya, majlis itu dianjurkan demi memberi pengiktirafan terbuka kepada Onuma sebagai pasangan sah Wisanu dalam kalangan komuniti setempat.

Sementara itu, Wisanu menambah bahawa mereka bertiga merancang untuk tinggal bersama buat selamanya, selain berjanji akan membahagikan kasih sayang dan harta benda secara sama rata.

“Kami membina kehidupan ini bersama-sama. Rahsianya mudah sahaja, iaitu memberikan mereka kasih sayang dan layanan yang adil,” ujar Wisanu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN