4 individu termasuk wanita disebat di taman awam - Utusan Malaysia

4 individu termasuk wanita disebat di taman awam

SEORANG wanita pengsan selepas disebat di Banda Aceh hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANDA ACEH: Pegawai-pegawai Islam di wilayah Aceh, Indonesia yang mengamalkan undang-undang Syariah secara ketat, menyebat secara terbuka dua wanita dan dua lelaki pada Khamis kerana melakukan hubungan intim di luar perkahwinan, menurut wartawan AFP yang menyaksikan kejadian itu.

Semuanya berpakaian putih, keempat-empat mereka kelihatan menahan sakit dan mengerang ketika menerima 100 sebatan setiap seorang menggunakan rotan di hadapan puluhan orang di sebuah taman awam di ibu kota wilayah itu, Banda Aceh.

“Wanita-wanita itu adalah pekerja seks dan lelaki-lelaki itu ialah pelanggan mereka,” kata ketua polis Syariah Aceh, Muhammad Rizal, kepada AFP.

Hubungan intim antara individu yang tidak berkahwin adalah dilarang di Aceh, satu-satunya wilayah di Indonesia yang melaksanakan versi undang-undang Syariah.

Lima individu lain turut disebat pada Khamis, menerima antara sembilan hingga 23 sebatan bagi kesalahan termasuk berada berdekatan dengan individu berlainan jantina dan meminum alkohol.

Pada Januari lalu, polis Syariah menyebat pasangan belum berkahwin sebanyak 140 kali setiap seorang dipercayai hukuman paling berat sejak 2015, apabila bentuk undang-undang Islam yang lebih ketat mula dilaksanakan di wilayah yang mempunyai autonomi khas itu.

Indonesia ialah negara dengan majoriti penduduk Muslim terbesar di dunia, namun secara rasmi mengiktiraf enam agama selain kepercayaan pribumi. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN