Harimau Malaya lawan Syria dan China September ini

Harimau Malaya lawan Syria dan China September ini

Harimau Malaya mahu cipta sejarah baharu selepas menamatkan penantian 42 tahun untuk layak secara merit ke Piala Asia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad Harimau Malaya akan berdepan dua pasukan di tangga ke-100 ke atas pada September ini sekali gus bakal menguji ‘taring’ sebenar pasukan dibawah bimbingan Kim Pan Gon.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Noor Azman Rahman mengesahkan bahawa skuad kendalian Pan Gon akan menghadapi dua Perlawanan Antarabangsa Tier 1 bertemu Syria dan China di Chengdu.

“Skuad kebangsaan akan berdepan Syria pada 6 September dan China pada 9 September 2023, kedua-duanya berlangsung di Chengdu, China.

“Pengesahan bagi kedua-dua perlawanan ini dibuat menerusi penelitian dan perbincangan bersama di antara pihak pengurusan bersama Pan Gon sendiri selepas majlis undian Pusingan 2, Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027, Khamis lalu (27 Julai 2023),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Berdasarkan kedudukan ranking FIFA terbaharu yang dikemas kini pada 20 Julai lalu, Malaysia berada di kedudukan ke-136 dunia, sementara Syria di kedudukan ke-94 dunia dan China di kedudukan ke-80 dunia.

Terdahulu, skuad negara dijadual berdepan China yang berada di ranking ke-80 dan Mesir (34 dunia).

Dua aksi antarabangsa itu dianggap penting sebagai persediaan sebelum beraksi di Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 November ini, serta Piala Asia di Qatar Januari tahun depan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya