IPTA anjur konsert bakal dikompaun RM25,000 - Utusan Malaysia

IPTA anjur konsert bakal dikompaun RM25,000

TANGKAP layar daripada video menunjukkan sebahagian daripada penonton konsert di sebuah IPTA di Terengganu, baru-baru ini.- MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di sini bakal dikenakan kompaun sebanyak RM25,000 atas  kesalahan menganjurkan konsert tanpa permit pada 10 Jun lalu.

Datuk Bandar Kuala Terengganu, Rosli Latif berkata, notis kompaun itu akan diserahkan kepada pengurusan IPTA itu dalam masa terdekat.

Menurutnya, pihak pengurusan IPTA itu kemudian diberi tempoh 14 hari untuk menjelaskan bayaran kompaun dan tindakan seterusnya akan dikenakan jika gagal menjelaskan bayaran kompaun itu.

Katanya, tindakan itu dikenakan mengikut peraturan Undang-undang kecil, Enakmen Hiburan dan Tempat Hiburan 2002.

“Kita akan menyerahkan notis kompaun bernilai RM25,000 kepada pengurusan universiti kerana mengadakan hiburan tanpa kebenaran,” katanya ketika ditemui di sini, malam tadi.

Rosli memberitahu, hasil siasatan awal mendapati IPTA itu tidak memohon permit  untuk penganjuran konsert tersebut.

Sebelum itu, tular rakaman video sekumpulan mahasiswa dan mahasiswi sedang menari di konsert tersebut di dalam sebuah dewan di IPTA berkenaan.

Pada 14 Jun lalu, Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Datuk Satiful Bahri Mamat berkata, kerajaan negeri akan melakukan siasatan berhubung sebuah video konsert di dalam dewan sebuah IPTA di Terengganu yang tular, baru-baru ini.

Satiful berkata, perkara seumpama itu tidak sepatutnya berlaku di dalam sebuah universiti kerana Terengganu mempunyai garis panduan persembahan hiburan yang dibenarkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya