Anwar persoal Pas tidak perbetul kenyataan mengelirukan berkaitan Islam - Utusan Malaysia

Anwar persoal Pas tidak perbetul kenyataan mengelirukan berkaitan Islam

ANWAR Ibrahim beramah-mesra dengan penduduk setempat menghadiri majlis minum petang bersama penduduk Kampung Sama Gagah, Permatang Pauh, Pulau Pinang hari ini. - Pic: IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

PERMATANG PAUH: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan sikap berdiam diri Dewan Ulama Pas berhubung beberapa kenyataan mengelirukan yang dikeluarkan ahli parti itu.

Beliau yang juga Perdana Menteri berkata, terdapat tiga persoalan yang tidak diperbetulkan iaitu Nabi Adam turun di Gunung Jerai, Saidina Uthman Affan R.A pernah ke Kedah dan sesiapa yang tidak menyokong Pas adalah musuh Allah SWT.

“Saya nak tanya, sebab apa ustaz-ustaz dan tok guru Pas tak bagi teguran dan betulkan kesilapan seperti ini.

“Pas sepatutnya berdakwah dengan lebih berhikmah kerana memiliki sokongan ribuan penyokong yang berpegang kepada walak dan kepemimpinan parti.

“Ini masalah umat, ribuan penyokong-penyokong yang walak tapi tak betul, kita berdakwah tetapi kita izinkan kepalsuan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri majlis minum petang bersama penduduk Kampung Sama Gagah, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, beliau mendapat sokongan Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat walaupun tidak bersama dengan parti itu.

“Allah SWT mengangkat darjat agama Islam itu yang tertinggi, bukan parti, tinggian itu Islam dan yang mana ikut, kita hormat dan jangan kita ganti pula hadis itu.

“Saya minta beberapa soalan ini dijawab dan kenapa mereka tidak memperbetulkan kekeliruan ini.

“Tak perlu polis panggil, Jakim panggil, majlis fatwa atau majlis agama tetapi parti itu sendiri yang perlu betulkan demi menegakkan agama Islam sekali gus mengelakkan kekeliruan,” katanya.

Kelmarin, akhbar melaporkan pendakwah bebas, Syeikh Muhd. Zainul Asri Mohd. Romli memohon maaf dan membuat penjelasan berhubung ucapannya yang menyebut ‘musuh Allah’ semasa Himpunan Kedah Berselawat di Stadium Darul Aman, pada Sabtu lalu.

Syeikh Muhd. Zainul Asri berkata, isu berkenaan telah disalah tafsir walaupun ucapan tersebut tidak ditujukan kepada mana-mana pihak.

Pada Sabtu lalu, ketika menyampaikan Tausiah sempena Himpunan Kedah Berselawat, Syeikh Muhd. Zainul Asri berharap agar ‘Allah mempertahankan negeri ini (Kedah) daripada dijatuhkan oleh musuh-musuh Allah SWT dan dimenangkan agama Allah SWT’. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya