Sesi baharu persekolahan Januari pada 2026

PARLIMEN: Sesi baharu persekolahan Januari pada 2026

Kurikulum sekolah dijangka akan dirombak untuk memastikan silibus diterapkan selari dengan perkembangan semasa. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan untuk mengembalikan semula sesi baharu persekolahan kepada Januari pada 2026, berbanding bermula Mac yang dilaksanakan sejak tahun lalu susulan pandemik Covid-19 yang melanda negara. 

Kementerian Pendidikan sebelum ini telah memberi jaminan permulaan takwim sesi persekolahan akan kembali bermula pada Januari, namun memerlukan tempoh tertentu untuk dilaksana.

FADHLINA SIDEK

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, kerajaan sudah memulakan usaha mengawal kalender akademik persekolahan bagi sesi 2024/2025 pada Februari 2025.

“Jadi permintaan untuk memulakan sesi persekolahan pada Januari akan ditunaikan pada 2026,” katanya semasa sesi pertanyaan-pertanyaan menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab menjawab soalan lisan Aminolhuda Hassan [PH-Seri Gading] mengenai bila sesi persekolahan baharu akan akan kembali dimulakan pada Januari.

Pada November 2021, Kementerian Pendidikan mengumumkan sesi persekolahan untuk tahun berkenaan dilanjut sehingga Februari 2022, menyaksikan sesi persekolahan bagi tahun baharu itu bermula pada Mac.

Mengulas lanjut, Fadhlina berkata, kementerian meneliti banyak faktor berkaitan bagi melaksanakan perubahan melibatkan kalendar akademik persekolahan.

“Perubahan semula kalendar akademik persekolahan perlu mengambil kira faktor ekonomi setempat dan banjir pada hujung tahun, selain tidak mengganggu jadual peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

“Kementerian turut melihat kepada keperluan dan kesesuaian penyediaan kalendar akademik untuk tahun seterusnya bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan secara optimum khususnya tempoh pembelajaran sebanyak 32 hingga 36 minggu yang diperlukan bagi menyelesaikan keseluruhan kurikulum persekolahan setahun,” katanya.

Dalam pada itu, Fadhlina berharap, semua pihak berkaitan dapat melakukan perancangan dan persediaan menyeluruh bagi mendepani perubahan itu. 

“Kementerian berharap dengan pengumuman ini, aspek kewangan dan ekonomi dapat dirancang mulai sekarang oleh semua pihak yang terlibat.

“Secara tidak langsung, perancangan cuti keluarga, kenduri kendara, cuti-cuti cikgu sebagaimana yang telah pun kami umum dalam 10 prakarsa sempena hari guru dapat diatur berdasarkan kalendar akademik persekolahan yang akan diwarta,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya