Norsyakirah Muksin raih emas selepas tewaskan pesilat Indonesia

Norsyakirah Muksin raih emas selepas tewaskan pesilat Indonesia

PESILAT muda negara, Norsyakirah Muksin meraikan kejayaan meraih pingat emas pencak silat acara tanding bawah 45kg di Pusat Konvensyen Chroy Changvar sebentar tadi.-UTUSA/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PHNOM PENH: Pesilat negara, Norsyakirah Muksin berjaya meraih pingat emas, selepas menewaskan lawannya dari Indonesia, Suci Wulandri 36-33 dalam kategori Tarung bawah 45 kilogram (kg) wanita di Chroy Changvar Convention Center, sebentar tadi.

Perlawanan yang berlangsung cukup sengit itu akhirnya memihak kepada Norsyakirah.

Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) sebelum ini, meletakkan sasaran dua emas kepada pesilat negara yang akan bersaing dalam Sukan SEA 2023 di Phnom Penh.

Sasaran rendah yang diletakkan pada temasya sukan dwitahunan itu memandangkan 75 peratus daripada keseluruhan 22 pesilat negara yang dipertaruh kali ini adalah muka baharu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya