Suami terlanggar isteri hingga maut

Suami terlanggar isteri hingga maut

KEJADIAN seorang suami terlanggar isterinya sehingga maut selepas tertekan pedal minyak ketika mengundur kenderaan di Taman Selasih, Kulim.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM: Seorang wanita warga emas maut selepas dipercayai dilanggar kereta dipandu suaminya yang ketika itu sedang mengundur dalam kejadian di hadapan rumah mereka di Taman Selasih, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 malam itu, mangsa yang berusia 59 tahun maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan pada bahagian dalaman.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Mohd. Redzuan Salleh berkata, hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika isteri mangsa turun semula daripada kereta selepas dikatakan tertinggal barang di dalam rumah.

“Kemalangan berlaku semasa isteri mangsa yang duduk di bahagian penumpang kereta Proton Saga yang dipandu suaminya berusia 60-an telah keluar daripada kereta terbabit kerana tertinggal barang.

“Suaminya yang sedang mengundur kereta telah tertekan pedal minyak lalu terlanggar isterinya yang berada di tepi sebelah kiri sebelum terlanggar sebuah kereta yang sedang diparkir di hadapan rumah mereka,” katanya.

Menurut Mohd. Redzuan, mayat mangsa dihantar ke Bilik Forensik Hospital Kulim untuk bedah siasat dan suaminya tidak mengalami apa-apa kecederaan dalam kejadian itu.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen  41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya