SKMM nafi keluar emel tawar bantuan pindah hadiah wang

SKMM nafi keluar emel tawar bantuan pindah hadiah wang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menegaskan pengerusi suruhanjaya itu tidak pernah menghantar sebarang emel atau mesej kepada orang awam berhubung tawaran bantuan untuk memindahkan hadiah kemenangan berupa wang tunai.

Menerusi satu kenyataan, SKMM mengingatkan orang awam untuk sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan emel yang tidak ditentukan kesahihannya.

“Pengerusi SKMM tidak pernah menghantar sebarang emel kepada orang awam berhubung tawaran bantuan untuk memindahkan hadiah kemenangan berupa wang tunai sebanyak RM270,000 daripada syarikat Telekom Malaysia kepada akaun bank individu penerima emel tersebut.

“Elakkan daripada memberikan butiran peribadi seperti maklumat perbankan Internet dan maklumat kad pengenalan kepada individu yang tidak dikenali,” katanya hari ini.

Pada masa sama, SKMM turut menggesa orang awam untuk segera menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 sekiranya mereka membuat transaksi perbankan kepada mana-mana akaun yang dikatakan untuk tujuan yuran pemprosesan sebelum hadiah kemenangan tersebut boleh dituntut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya