Kota Bharu sesak, persiapan Aidilfitri makin rancak

Kota Bharu sesak, persiapan Aidilfitri makin rancak

ORANG ramai membuat persiapan pada saat-saat akhir menjelang 1 Syawal di Pasar Malam Parit Dalam, Kota Bharu, Kelantan semalam. -UTUSAN/KAMARUL BISMI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Orang ramai di negeri ini dilihat mulai sibuk membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang tinggal beberapa hari sahaja lagi sehingga menyebabkan beberapa kawasan tumpuan membeli-belah di sini mengalami kesesakan ‘luar biasa’ berbanding hujung minggu, cuti umum atau cuti persekolahan.

Tinjaun Utusan Malaysia di Pasar Malam Jalan Parit Dalam, Wakaf Che Yeh dan beberapa kompleks para raya di sini mendapati orang ramai mula membanjiri kawasan tersebut seawal pukul 8 malam untuk membeli kelengkapan menyambut Aidilfitri.

Pertambahan jumlah pengunjung akan terus meningkat selepas pukul 9 malam dan ketika itu ada peniaga mengambil kesempatan untuk membuat lelongan bagi menarik pelanggan singgah ke gerai jualan mereka.

Dalam masa sama, anak-anak Kelantan di perantauan turut mengambil kesempatan untuk membuat persiapan dengan membeli kelengkapan di pasar malam berkenaan.

Seorang pengguna Muhammad Zul Abdullah, 50, berkata, dia memilih membuat persiapan disaat-saat akhir kerana mahu mendapatkan barangan pada runtuh.

Menurutnya, kebiasaan lima hari menjelang Syawal peniaga akan mengambil kesempatan menjual barangan mereka pada harga yang lebih rendah berbanding minggu awal Ramadan.

“Sebagai pengguna dalam keadaan peningkatan kos sara hidup ketika ini, kita perlu bijak dalam merancang perbelanjaan supaya tidak terlebih.

“Saya akui Syawal kali ini agak mencabar apabila terpaksa berdepan dengan tiga situasi iaitu pembukaan penggal baharu persekolah, awal Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri yang memerlukan perbelanjaan yang akan banyak,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia semalam.

Muhammad Zul memberitahu, Aidilfitri tahun ini dia terpaksa ‘memotong’ perbelajaan bagi mengelakkan berdepan masalah selepas sambutan Aidilfitri nanti.

Katanya, Aidilfitri kali ini dia dan keluarga memilih untuk menyambut secara sederhana.

Sementara itu seorang perantau Rohani Abdullah, 40, berkata, dia memilih untuk membeli kelengkapan di kampung halaman disebabkan oleh harganya yang lebih rendah berbanding Kuala Lumpur.

Katanya, selain itu aktivit tawar menawar menjadi faktor dia sanggup bersesak pada minggu akhir untuk mendapatkan kelengkapan raya.

“Sebagai suri rumah, biasanya saya akan pulang awal ke kampung untuk membuat persiapan menyambut Aidilfitri termasuk membeli kelengkapan raya. Suami pula sehari sebelum Aidilfitri,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×