Kenaikan harga sayur RM1.50 hingga RM5 resahkan peniaga

Kenaikan harga sayur RM1.50 hingga RM5 resahkan peniaga

SAUDI Mamat mengakui sayur mengalami kenaikan harga membuatkan dia berada dalam dilema untuk berniaga semasa tinjauan di Pasar Besar Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan. – FOTO/ROHANA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Harga beberapa jenis sayuran di daerah ini dikesan mengalami kenaikan harga an­tara RM1.50 hingga RM5 sejak umat Islam menyambut Ramadan pada 23 Mac lalu.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati antara sayuran yang menga­lami kenaikan harga ialah timun, kubis bunga, terung dan petola.

Seorang peniaga, Saudi Mamat, 43, berkata, sejak Ramadan lalu harga kubis bunga yang sebelum ini dijual pada RM10 naik kepada RM15 sekilogram.

Menurutnya, timun baby turut mengalami kenaikan harga kepada RM4 berbanding RM2.50 sekilogram.

“Situasi ini membuatkan ka­mi peniaga berada dalam dilema sama ada perlu menaikan harga atau sebaliknya.

“Saya berharap pihak Kementerian Perdagangan Dalam Ne­geri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dapat memantau harga dari pi­hak pemborong. Hal ini kerana harga siling disyorkan oleh KP­DN terlalu rendah sedangkan belian daripada pemborong me­lebihi harga siling,” katanya di­temui di Pasar Besar Wakaf Bharu, di sini semalam.

Sementara itu seorang peng­guna Ismail Ibrahim, 55, ber­harap kerajaan dapat melakukan sesuatu dalam mengurangkan kenaikan harga barang.

Katanya, kenaikan harga barangan ketika ini memberikan kesan yang mendalam buat golo­ngan berpendapatan rendah.

“Sudah tibanya masanya ke­rana melihat masalah kos sara hidup yang berlaku ketika ini dengan lebih serius.

“Kami golongan kurang ber­kemampuan sudah ‘hilang’ arah untuk berdepan dengan ma­sa­lah ini,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN