Suami isteri bergilir-gilir jaga ibu saudara lumpuh

Suami isteri bergilir-gilir jaga ibu saudara lumpuh

MINAH Mat Diah (duduk) tidak mampu berjalan menyebabkan urusan hariannya terpaksa di kendalikan oleh Yusof di Kampung Air China Batu 10, Batang Merbau, Tanah Merah, Kelantan. – UTUSAN/ROSALWANI CHE SOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANAH MERAH: Seorang penjaga ladang sawit dari Kampung Air, Batang Merbau di sini, sanggup bergilir-gilir dengan isteri menjaga ibu saudaranya yang hilang upaya untuk berjalan akibat penyakit saraf sejak tiga tahun lalu.

Yusof Che Leh, 62, dan isteri, Zaiton Yakob, 59, mengambil tanggungjawab tersebut selepas suami kepada ibu saudaranya Minah Mat Diah, 84, meninggal dunia.

Yusof berkata, ekoran ma­salah saraf ibu saudaranya itu hanya mampu mengesot untuk memudahkan dia bergerak.

“Selain sakit tua, ibu saudara saya turut mempunyai masalah nyanyuk. Jadi..sayalah tempat dia bergantung harap dan menumpang kasih kerana tidak mempunyai zuriat.

“Bagi memudahkan pergerakannya, saya turut membina sebuah bangsal kecil dan tandas bagi memudahkan pergerakannya,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini semalam.

Yusof memberitahu, dia lega apabila gaji bulanan sebanyak RM1,000 yang diterima dapat menampung perbelanjaan isteri dan tiga anaknya yang masing-masing berusia antara 18 hingga 20 tahun.

Katanya, bagaimanapun dia lega apabila ibu saudara memperolehi bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM500.

“Dengan wang itulah saya membeli semua barangan ke­per­luannya. Cuma setakat ini pergerakannya terbatas, dan dia sangat memerlukan sumbangan kerusi roda untuk memudahkan pergerakan.

“Kami pula tidak mampu untuk membelinya dan ibu saudara turut memerlukan perhatian 24 jam ekoran keadaanya itu yang semakin uzur,” ujarnya.-utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN