PdPR ketika PKP antara punca lulus UPKK 2022 rendah

PdPR ketika PKP antara punca lulus UPKK 2022 rendah

MOHD Na’im Mokhtar dalam sidang akhbar keputusan UPKK 2022 di Kompleks Islam Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA : Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) kemungkinan antara punca kadar peratusan kelulusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2022 turun.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berpendapat, ada korelasi (hubung kait timbal balik) antara faktor belajar secara atas talian atau PdPR dengan kadar kelulusan pada tahun lepas amat rendah,” jelasnya dalam sidang akhbar pengumuman keputusan UPKK 2022 di sini hari ini

Terdahulu, beliau ketika mengumumkan laporan analisis UPKK 2022 memaklumkan hanya 88 peratus daripakan keseluruhan 234,931 calon yang lulus peperiksaan tersebut, lebih rendah berbanding UPKK 2019 yang mencatatkan 93 peratus dengan 44,066 calon meraih lapan A, manakala rekod bagi UPKK 2022 pula cuma 19,266 calon.

Mengulas lanjut, Mohd. Na’im berkata, beliau sendiri tidak menyangka kadar kelulusan UPKK 2022 merosot teruk kerana unjuran bagi jangkaan awalnya ialah sekitar 90 peratus.

“Kita akan buat ‘bedah siasat’ tetapi berdasarkan analisis, calon ini ialah murid tahun tiga dan empat pada 2020 dan 2021 yang terkesan akibat PdPR tempoh agak lama,” katanya.

Situasi berkenaan menyebabkan tahap penguasaan mata pelajaran terutama tulisan jawi agak merudum kerana subjek tersebut memerlukan pemantauan fizikal guru di kelas.

Kelemahan itu kemudian jelas beliau, memberi kesan kepada jumlah calon yang tidak hadir langsung UPKK 2022 iaitu seramai 8,921 orang melibatkan 5,328 pusat peperiksaan.

Angka ini ujarnya amat besar berbanding UPKK 2020 dan 2021 yang digabungkan cuma 13,289 calon tidak hadir manakala untuk UPKK 2019 pula hanya 5,075 calon tidak hadir.

UPKK 2022 menilai calon melalui ujian lisan dan amai secara berperingkat sebelum diikuti peperiksaan bertulis dengan dua sesi kerana bertembung Pilihan Raya Umum Ke-15. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya