YB macam mana ‘zoo’? Timbalan Speaker beritahu Dewan Rakyat

Parlimen: YB macam mana ‘zoo’? Timbalan Speaker beritahu Dewan Rakyat

RAMLI Mohd. Nor mengaminkan doa sebelum memulakan sesi perbahasan di Dewan Rakyat hari ini. - FOTO/IHSAN JABATAN PENERANGAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Rakyat sudah mula melabel Dewan Rakyat sebagai ‘zoo’ berikutan tingkah laku ahli parlimen yang sentiasa berbalah, sekali gus dilihat tidak bertindak menyelesaikan isu rakyat.

Perkara itu diluahkan Timbalan Speaker, Datuk Ramli Mohd. Nor dan beliau berasa terkejut dengan label tersebut, lantas meminta semua ahli Dewan Rakyat mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

“Selain pada itu saya ingin ingatkan adab dalam Dewan. Semalam, saya pergi ke kedai mamak dan mereka mengenali saya.

“(Mereka bertanya), YB macam mana ‘zoo’? Saya terkejut (dan) inilah implikasi masyarakat di luar sana. Jadi, saya berharap (semua ahli parlimen) berpeganglah kepada etika,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Pada masa sama, Ramli turut menegur sikap segelintir ahli parlimen yang gemar menganjurkan ‘mesyuarat kecil’ ketika ahli parlimen sedang berbahas atau menteri sedang menjawab soalan.

“Saya berharap tidak ada perjalanan mesyuarat kecil di Dewan. Sementara seorang Yang Berhormat bercakap ada pula mesyuarat kecil di sebelah kanan dan sebelah kiri.

“Sila beri perhatian dan saya harap semua Yang Berhormat ambil maklum,” ujarnya lagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya