49 peratus bayar zakat melalui ptongan gaji

49 peratus bayar zakat melalui ptongan gaji

MOHD. NA'IM MOKHTAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Meskipun teknologi semakin canggih, namun umat Islam di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan tetap masih gemar membayar zakat secara potongan gaji bulanan iaitu sebanyak RM463,775,126 atau 49 peratus sepanjang tahun lalu.

Menteri di Jabatan Perdana, Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, kutipan secara potongan gaji mencatatkan peningkatan 14 peratus berbanding pada tahun sebelumnya iaitu hanya RM406,512,406.

Ini diikuti bayaran zakat melalui kaunter yang merekodkan kutipan RM165,972,765 atau naik 18 peratus disusuli cara portal PPZ iaitu RM115,665,875 atau bertambah 12 peratus.

“Walaupun jumlah pembayar zakat menerusi portal adalah besar iaitu 141,776 orang pada tahun lalu, tetapi ia telah turun -24 peratus berbanding 2021 iaitu 187,041 orang,” katanya dalam sidang akhbar Prestasi Kutipan dan Agihan Zakat Wilayah Persekutuan 2022, di sini hari ini.

Uniknya, tahap kesedaran umat Islam di Wilayah Persekutuan membayar kupon zakat fitrah ketika Ramadan melonjak 25 peratus apabila merekodkan seramai 1,465,076 orang iaitu sebanyak RM9,995,322, naik 28 peratus daripada RM7,819,744 pada 2021 lalu.

Keadaan positif itu katanya, mengurangkan isu ketirisan pembayaran zakat fitrah kerana sebelum ini ramai dikesan membayarnya di negeri lain dan bukan di Wilayah Persekutuan.

Sedangkan jelas beliau, mereka mencari rezeki di wilayah berkenaan dan hasil kutipan itu boleh diagihkan pihak MAIWP untuk bantu ramai asnaf yang amat memerlukan sokongan.

Sehubungan itu, beliau menyasarkan untuk bulan Ramadan pada tahun ini, PPZ mampu mengutip zakat fitrah sebanyak RM13.8 juta daripada seramai 1,597,000 orang pembayar.

“Insya-Allah, kita juga berharap akan dapat kutip zakat harta mencecah RM1 bilion untuk sepanjang tahun ini melibatkan seramai 268,100 orang pembayar,” tambahnya optimis berjaya mengutip keseluruhan zakat sebanyak RM1.0264 bilion membabitkan 1,907,100 orang pembayar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya