Projek Kereta Kabel Bukit Bendera dijangka siap 3 tahun lagi - Utusan Malaysia

Projek Kereta Kabel Bukit Bendera dijangka siap 3 tahun lagi

CHOW Kon Yeow (empat dari kanan) menunjukkan lakaran Projek Kereta Kabel Bukit Bendera dalam sidang akhbar di George Town, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Projek Kereta Kabel Bukit Bendera yang bernilai RM245 juta dijangka mengambil masa selama tiga tahun untuk siap sepenuhnya dan mula beroperasi.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, permohonan cadangan projek (RFP) untuk projek Kereta Kabel Bukit Bendera telah dianugerahkan kepada Hartasuma Sdn. Bhd. (Hartasuma).

”Jajaran dan kesesuaian lokasi projek kereta kabel telah diambil kira oleh Jawatankuasa Penilaian dengan tapak jajaran laluan yang paling sesuai ialah berhampiran Taman Botani Pulau Pinang,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengasas Bersama dan Pengarah Eksekutif Hartasuma, Tan Sri Ravindran Menon.

Sebelum ini, kerajaan negeri memutuskan untuk meneruskan projek kereta kabel Bukit Bendera walaupun Kerajaan Pusat membatalkan peruntukan RM100 juta untuk membangunkan projek tersebut pada April 2020.

Kon Yeow yang juga Pengerusi Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PBAPP) berkata, panggilan RFP bagi mendapatkan cadangan terbaik untuk perkhidmatan kereta kabel Bukit Bendera bermula pada 13 Januari 2021 dan tempoh sah laku dilanjutkan kepada 30 November lalu, serta terdapat enam syarikat telah turut serta dalam panggilan RFP itu.

”Projek ini dianugerahkan melalui kerjasama awam swasta (KAS) mengenai reka bentuk, kewangan, kendali dan pindah atau sub-set asas ‘joint venture partnership’.

”Jawatankuasa Penilaian daripada pelbagai agensi kerajaan telah menilai cadangan RFP mengikut keperluan ditetapkan dan Hartasuma disyorkan oleh Jawatankuasa Penilaian dan diluluskan Lembaga Perolehan Negeri Pulau Pinang.

”Berikutan pembidaan terbuka, anggaran pelaburan oleh pembida yang berjaya dijangka berjumlah kira-kira RM245 juta dan projek ini berdasarkan tempoh konsesi selama 30 tahun,” katanya.

Dalam pada itu, Ravindran berkata, pihaknya akan segera mendapatkan kelulusan daripada agensi-agensi berkaitan sebelum kerja-kerja pembinaan projek terbabit dimulakan.

”Proses pembinaan tidak menjadi isu dan kami yakin dapat membinanya, cuma kami berharap dapat bekerjasama dengan agensi-agensi terlibat untuk mendapatkan kelulusan berkaitan projek ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya