Aguero, Lee Tuck sambut Krismas tanpa keluarga di sisi

Aguero, Lee Tuck sambut Krismas tanpa keluarga di sisi

LEE Tuck dan Sergio Aguero berlepas ke Hanoi pagi tadi untuk aksi Piala AFF menentang Vietnam, Selasa ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dua tonggak Harimau Malaya, Sergio Aguero dan Lee Tuck sanggup berjauhan dengan keluarga tercinta pada perayaan Krismas demi pengorbanan mereka untuk skuad kebangsaan yang terbang ke Hanoi pagi tadi.

Pasukan bimbingan Kim Pan Gon itu bakal beraksi menentang Vietnam untuk perlawanan ketiga Piala AFF yang akan berlangsung, Selasa ini.

Pemain kelahiran Argentina, Aguero berkata, memang sukar untuknya berjauhan dengan isteri dan anak-anaknya yang berada di Kuantan, Pahang.

“Kemenangan ini untuk keluarga saya yang berada di Kuantan, lebih-lebih lagi ini merupakan penampilan sulung saya bersama skuad kebangsaan.

“Memang sukar saya terpaksa berjauhan dengan keluarga saya pada perayaan Krismas, anak saya masih kecil, saya rindu sangat dengan mereka, tetapi saya perlu berkorban demi Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan menentang Laos di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

SERGIO Aguero meledak gol buat Malaysia ketika menentang Laos.

Aguero yang meledakkan gol pembukaan Harimau Malaya pada minit ke-29 memberitahu, dia tidak mempunyai banyak masa kerana pagi ini skuad kebangsaan terus terbang ke Hanoi.

Ketika ditanya perasaannya buat kali pertama disenaraikan dalam kesebelasan utama, pemain berusia 28 tahun itu berkata, ia satu pengalaman yang cukup hebat, lebih-lebih lagi jadi penyumbang jaringan buat skuad kebangsaan.

Sementara itu, pemain kelahiran England, Lee Tuck turut berkongsi perasaan sama dengan Aguero apabila kali pertama dia berjauhan dengan keluarga pada perayaan Krismas.

“Saya bangga dengan apa yang saya lakukan kerana ini pilihan saya.

“Ia merupakan satu pengorbanan kerana inilah peluang seumur hidup saya mewakili Malaysia.

“Kami akan terbang ke Vietnam, esok pagi (pagi ini), jadi saya akan hubungi keluarga menerusi panggilan video nanti,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN