Polis terima dua laporan kekecohan di pusat pengundian

Polis terima dua laporan kekecohan di pusat pengundian

ACRYL SANI ABDULLAH SANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) setakat ini menerima dua laporan berhubung kekecohan yang berlaku di dua pusat pembuangan undi di Selangor dan Negeri Sembilan, hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, bagi kes di Ulu Yam, Selangor, ia membabitkan seorang lelaki mempunyai masalah mental yang merampas dakwat serta menolak peti undi sehingga jatuh.

“Satu lagi laporan dilaporkan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan susulan salah faham berlaku apabila pusat pembuangan undi ditutup awal kerana tiada pengundi.

Tetapi ada sebilangan pengundi yang datang lambat. Perkara ini, kita serahkan kepada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memberi ulasan,” katanya selepas selesai meninjau keadaan di pusat pembuangan undi Parlimen Subang di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Selangor, USJ, di sini, hari ini.

Dalam perkembangan berasingan, Acryl Sani mengesahkan pihaknya ada menerima laporan berkaitan seorang warga emas ditemukan tidak sedarkan diri selepas selesai membuang undi di Cheras, di sini.

“Berdasarkan maklumat awal, saya difahamkan bahawa tiada unsur jenayah dalam kematian warga emas berkenaan.

“Bagaimanapun, maklumat lanjut akan dikongsikan selepas proses bedah siasat selesai dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya