ADUN Skudai, Marina Ibrahim umum undur diri daripada politik - Utusan Malaysia

ADUN Skudai, Marina Ibrahim umum undur diri daripada politik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai dari DAP, Marina Ibrahim hari ini mengumumkan keputusan untuk tidak bertanding semula dan berundur sepenuhnya daripada arena politik tanah air.

Menurut beliau, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pandangan dan keputusan perbincangan mendalam bersama keluarga serta rakan terdekat.

“Saya memilih untuk kembali aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan di peringkat lapangan, iaitu bidang yang sememangnya dekat dengan jiwa sebelum menceburkan diri dalam politik kepartian.

“Kehadiran di DUN Skudai sejak empat tahun lalu bersandarkan niat ikhlas untuk berkhidmat kepada rakyat, meskipun bermula tanpa pasukan yang besar pada waktu itu,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Marina, pihaknya turut mengucapkan terima kasih kepada masyarakat dan pengundi yang telah memberikan kepercayaan kepada dirinya untuk berkhidmat sebagai wakil rakyat di kawasan berkenaan.

“Sokongan padu daripada masyarakat pelbagai kaum dan latar belakang di Skudai sepanjang tempoh tersebut telah berjaya membentuk sebuah ikatan kekeluargaan yang sangat harmoni.

“Pengunduran daripada politik tidak bermakna khidmat kepada masyarakat akan terhenti begitu sahaja kerana saya akan terus menyumbang mengikut kapasiti tersendiri,” katanya.

Marina turut memberi jaminan akan tetap komited menjalankan tugas dan tanggungjawab di kawasan seperti biasa sehingga ADUN Skudai yang baharu dipilih dan dilantik secara rasmi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kelak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN