Manchester United menang hasil jaringan budak 18 tahun

Manchester United menang hasil jaringan budak 18 tahun

Penyerang Manchester United, Alejandro Garnacho (tengah) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukannya ketika berdepan Fulham di London.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Alejandro Garnacho muncul wira Manchester United apabila berjaya menjaringkan gol kemenangan pada minit terakhir perlawanan untuk menewaskan Fulham 2-1 di Craven Cottage, awal pagi tadi.

Kemenangan itu memastikan The Red Devils meraih tiga mata berharga pada aksi terakhir Liga Perdana Inggeris (EPL) sebelum rehat Piala Dunia.

“Dia (Garnacho) miliki bakat yang baik dan sentiasa bekerja keras. Ternyata dia menggunakan peluang sebaik mungkin walaupun masuk sebagai pemain simpanan.

“Sudah tentu kemenangan yang amat berharga sebelum liga berehat selama enam minggu,” kata kapten United Bruno Fernandes.

Christian Eriksen terlebih dahulu meletakkan United di depan pada minit ke-14 namun Fulham bangkit pada babak kedua untuk menyamakan kedudukan hasil jaringan Daniel James.

Ketika perlawanan seolah-olah berakhir dengan keputusan seri, namun gerakan satu dua Garnacho bersama Eriksen pada minit terakhir perlawanan sebelum disudahkan dengan jaringan oleh pemain berusia 18 tahun itu sekali gus memastikan United meraih tiga mata berharga.

Erik ten Hag tiba di London tanpa beberapa pemain utama termasuk Cristiano Ronaldo, Antony, Jadon Sancho dan Raphael Varane manakala Fulham kehilangan bintang utama, Aleksandar Mitrovic.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya