New Zealand rancang kenakan cukai `sendawa' ternakan - Utusan Malaysia

New Zealand rancang kenakan cukai `sendawa’ ternakan

PENCEMARAN dihasilkan kira-kira 6.2 juta ekor lembu di New Zealand dikenal pasti antara masalah alam sekitar terbesar negara itu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WELLINGTON: Kerajaan New Zealand bercadang untuk mengenakan cukai pelepasan gas rumah hijau yang dihasilkan oleh haiwan ternakan di ladang pertanian dalam bentuk sisa buangan air kencing dan sendawa.

Langkah itu merupakan sebahagian usaha kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Jacinda Ardern menangani perubahan iklim.

Lapor Daily Mail, menurut Ardern, levi itu akan menjadi yang pertama seumpamanya di dunia.

Malah, Ardern berkata, golongan petani mampu menampung kos tersebut dengan mengenakan bayaran lebih untuk produk mesra iklim kepada pelanggan.

Beliau berkata, cadangan itu akan mengurangkan pelepasan pertanian sambil menjadikan hasil lebih mampan dengan meningkatkan `jenama eksport’ New Zealand.

Bagaimanapun, para petani mengecam cadangan berkenaan.

Presiden Federated Farmers Andrew Hoggard berkata, cadangan itu akan menjejaskan golongan petani khususnya yang menetap di bandar-bandar kecil di negara itu.

Katanya, petani sudah bekerjasama dengan kerajaan lebih dua tahun dalam usaha mengurangkan pelepasan gas rumah hijau yang dilihat tidak akan mengurangkan pengeluaran makanan. 

Pencemaran dihasilkan kira-kira 6.2 juta ekor lembu di New Zealand dikenal pasti antara masalah alam sekitar terbesar negara itu.

Antaranya, gas metana daripada sendawa lembu dan nitrous oksida dalam air kencing ternakan.    

Sebelum ini, kerajaan New Zealand berikrar untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau, dengan memacu negara itu ke arah neutral karbon menjelang 2050.

Antara rancangannya termasuk mengurangkan pelepasan metana daripada haiwan ternakan sebanyak 10 peratus menjelang 2030 dan sehingga 47 peratus pada tahun 2050.

Sementara itu, Ardern berkata, hasil wang yang dikutip daripada levi berkenaan akan disuntik semula dalam industri untuk membiayai teknologi baharu, penyelidikan dan pembayaran insentif untuk petani.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya