PETALING JAYA: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjual sebahagian sahamnya dalam Sunway Healthcare Holdings Bhd., sekali gus menjadikannya bukan lagi pemegang saham utama dalam syarikat itu.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Sunway Healthcare memaklumkan bahawa KWSP telah melupuskan sejuta saham pada 16 April.
Saham terbabit dipegang di bawah Citigroup Nominees (Tempatan) Sdn. Bhd.
Dana persaraan tersebut masih memiliki kira-kira 574.97 juta saham dalam syarikat berkenaan selepas transaksi penjualan saham terbabit.
KWSP merupakan antara lebih 20 institusi yang dikenal pasti sebagai pelabur berpengaruh bagi tawaran awam permulaan (IPO) Sunway Healthcare yang berjaya mengumpul hampir RM3 bilion.
IPO itu melibatkan penerbitan hampir dua bilion saham, dengan pelabur institusi mengambil sebahagian besar peruntukan dan langganan melebihi hampir enam kali ganda. – UTUSAN










