KBS jangka adakan sidang khas SUKMA 30 April

KBS jangka adakan sidang khas SUKMA 30 April

MENTERI Belia Dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari(tengah) melakukan gimik pelancaran majlis peluncuran Banggunan Pusat Prestasi Tinggi dan Dokumen Pelan Bakat Sukan Kebangsaan (MYTP) di Institut Sukan Negara (ISN) hari ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dijangkakan akan mengadakan sebuah mesyuarat khas Jawatankuasa Tertinggi Sukma pada 30 April ini bagi mencapai keputusan tentang pelaksanaan Sukan Malaysia(SUKMA) 2026.

Mesyuarat tersebut dijangka dibuat setelah KBS menerima surat rasmi daripada kerajaan negeri Selangor selaku tuan rumah edisi SUKMA 2026 yang berpotensi ditangguhkan atas isu-isu terkini.

Menteri Belia dan Sukan, Mohammed Taufiq Johari berkata, keputusan tersebut dibuat setelah mengambil maklum titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenaan cadangan baginda untuk menangguhkan edisi SUKMA 2026 berikutan krisis tenaga global serta keperluan menunggu persiapan penuh Stadium Shah Alam.

“Namun begitu, di peringkat KBS, kita belum lagi membuat apa-apa keputusan kerana kita akan membuat keputusan berdasarkan Jawatankuasa Tertinggi Sukma dan apa-apa keputusan yang dibuat itu mesti bersifat kolektif dan dicapai bersama.

“Akhirnya, ia adalah platform terbaik untuk kita buat keputusan yang melibatkan exco-exco dari semua negeri, Majlis Sukan Negara, majlis sukan negeri, OCM, dan juga badan-badan lain untuk mencapai keputusan bersama”, jelasnya.

Menurut Taufiq, mesyuarat tersebut akan diadakan pada tarikh yang ditetapkan jika tiada sebarang halangan yang tidak dijangka bagi membincangkan keputusan wajar yang perlu diambil.

“Saya bersifat sangat demokratik dalam mesyuarat kerana kita perlu mendengar pandangan dari setiap negeri yang terlibat jadi kami menjangkakan surat rasmi daripada Kerajaan Negeri Selangor melalui Exco Belia dan Sukan berkenaan dengan perkara tersebut”, katanya.

Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan, Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) Datuk Saipolyazan M. Yusop memberi bayangan bahawa Stadium Shah Alam dijangka beroperasi pada 2029 sekiranya edisi SUKMA 2026 ditangguhkan.

Pada masa yang sama, edisi Piala Sultan Selangor yang akan dipertandingkan antara Selangor dan Singapura tahun ini juga dibatalkan berikutan titah oleh Sultan Selangor pada Istiadat Pembukaan Penggal Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN)-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN