4 langkah jimat dalam transaksi antarabangsa - Utusan Malaysia

4 langkah jimat dalam transaksi antarabangsa

Kebanyakan pengguna terdedah kepada fi tersembunyi dan caj tidak adil ketika membeli-belah di samping melancong mahu pun memindahkan dana antarabangsa.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kebelakangan ini aktiviti beli-belah dalam talian makin popular kerana ia memudahkan orang ramai mendapatkan pelbagai barangan dengan hanya beberapa klik pada peranti masing-masing.

Di sebalik keseronokan berbelanja, tidak terkecuali ada yang ‘melompat’ pada hujung bulan kerana terkejut melihat penyata kad kredit masing-masing yang melambung tinggi.

Hal itu kerana, kebanyakan pengguna terdedah kepada bayaran tersembunyi dan caj tidak adil ketika membeli-belah di samping melancong mahu pun memindahkan dana antarabangsa.

Dalam situasi ini, penting untuk setiap individu memiliki akaun mata wang asing bagi membantu menyelaraskan kaedah penghantaran, perbelanjaan dan penerimaan wang.

Sama ada untuk tujuan peribadi atau perniagaan, akaun mata wang global ini memberikan kebebasan tambahan di samping menghapuskan kerumitan pengurusan aset dan menjimatkan wang.

Antara kelebihan:

1. Guna mata wang tempatan ketika pembelian antarabangsa
Pandemik Covid-19 menyaksikan ramai rakyat Malaysia beralih kepada beli-belah dalam talian sama ada di kedai tempatan mahu pun antarabangsa. Bagi yang aktif dalam aktiviti ini, pilih pembayaran dalam mata wang negara berkenaan. Membayar seperti orang tempatan boleh menjimatkan bayaran tambahan dan mendapatkan kadar tukaran yang lebih baik.

2. Kawal kewangan apabila ke luar negara
Jika bercadang melancong ke luar negara, anda disarankan mempunyai kad mata wang asing. Kad ini membantu anda berbelanja dalam pelbagai mata wang dengan kadar tukaran yang lebih baik dan biasanya lebih rendah daripada bank tradisional. Ia juga boleh digunakan di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di seluruh dunia.

3. Bayaran gaji seperti orang tempatan walaupun dari negara luar
Kebanyakan syarikat berusaha membayar pekerja bebas mereka dalam mata wang tempatan. Jadi, dengan memiliki akaun mata wang asing, anda boleh menerima gaji dan pembayaran invois dalam mata wang tempatan mereka.

4. Menguruskan aset luar negara dari jauh
Ramai yang tertanya-tanya bagaimana pembayaran utiliti, cukai dan lain-lain bayaran mandatori jika membeli aset di luar negara. Dengan akaun mata wang asing, anda boleh mengeluarkan dan menerima bayaran dalam mata wang tempatan sebelum menukarnya ke mata wang yang diingini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×