127 orang terkorban: Liga Indonesia digantung seminggu

127 orang terkorban: Liga Indonesia digantung seminggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Rusuhan penyokong yang berlaku antara Arema FC dan Persebaya di Stadium Kanjuruhan, Malang menyaksikan 127 orang terkorban dan 180 lagi cedera.

Perkara itu disahkan Ketua polis Indonesia di wilayah Jawa Timur berkata insiden tersebut berlaku selepas penonton merempuh masuk ke dalam padang ketika kekecohan penyokong yang berlaku selepas perlawanan berkenaan.

SUASANA di luar stadium.-AFP

Penyokong kelab Arema yang tumpas dalam perlawanan itu masuk ke dalam padang dan pihak berkuasa terpaksa melepaskan gas pemedih mata sekali gus mengakibatkan lebih ramai penonton merempuh masuk dan berlakunya kes sesak nafas, kata Nico Afinta kepada wartawan.

Insiden itu juga menyaksikan Liga bola sepak utama Indonesia, Liga 1 BRI digantung selama seminggu.

Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) berkata, mereka akan memulakan siasatan dengan apa yang berlaku selepas perlawanan berkenaan.

PENYOKONG yang cedera diangkat rakan mereka.-AFP

“Kami mengumumkan keputusan itu selepas mendapat arahan daripada Pengerusi PSSI. Kami melakukan ini untuk menghormati segala yang berlaku dan sementara menunggu proses siasatan daripada PSSI,” kata Presiden Pengarah pemilik liga PT LIB, Akhmad Hadian Lukita.

Dalam perlawanan berkenaan menyaksikan Persebaya berjaya menamatkan badi selama 28 tahun dengan menumpaskan Arema 3-2 di laman lawan.- AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya