PETALING JAYA: Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi UMNO yang akan diadakan 30 September ini.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, penangguhan itu bagi memberi laluan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terlibat dengan perasmian Sukan Malaysia (Sukma).
Bagaimanapun, beliau yang juga Ahli Parlimen Pontian itu tidak memperincikan agenda mesyuarat khas tersebut.
“Tarikh baharu mesyuarat adalah pada Jumaat 30 Sept pukul 8 malam yang merupakan mesyuarat penuh MKT UMNO.
“Dimaklumkan juga bahawa pimpinan UMNO dijemput untuk menghadiri pelancaran Jentera Pemuda Barisan Nasional Malaysia yang bermula pukul 2 petang, hari Sabtu 17 September di Stadium Titiwangsa Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Kelmarin, Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO berkata, perjumpaan ‘Top Five’ UMNO untuk membincangkan tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) sebelum pembentangan Bajet 2023 yang dijangka esok ditangguhkan. –UTUSAN










