Isteri parah ditetak suami kerana cemburu

Isteri parah ditetak suami kerana cemburu

Rumah seorang wanita berusia 40 tahun cedera parah ditetak suaminya di Kampung Mangkupa. - HARDY JOE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA MARUDU: Akibat cemburu, seorang wanita berusia 40 tahun parah ditetak suaminya dalam kejadian di Kampung Mangkupa, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Somiun Lomidin berkata, kejadian dipercayai berpunca akibat cemburu apabila mangsa dikatakan berbual dengan jiran lelakinya.

Beliau berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu, mangsa mengalami 14 kecederaan termasuk di bahagian leher.

“Siasatan awal mendapati suspek warga Indonesia berumur 50 tahun, sudah berkahwin dengan mangsa selama 19 tahun dan mempunyai enam anak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, sebelum kejadian, mangsa yang pergi ke halaman rumah ditegur suspek dan mengarahkannya supaya tidak berbual dengan jiran terutama lelaki.

Katanya, mangsa menafikan ada berbual dengan jiran lelaki sehingga berlaku pertengkaran mulut antara pasangan suami isteri itu.

Somiun berkata, suspek yang berang dikatakan bertindak mengambil parang di dapur sebelum menyerang mangsa.

“Mangsa dijumpai dalam keadaan berlumuran darah oleh anak saudara sebelum salah seorang jiran menghubungi pihak berkuasa untuk mendapatkan bantuan.

“Hasil temubual dengan mangsa di wad kecemasan Hospital Kota Marudu, wanita itu mendakwa kejadian berpunca sikap cemburu suspek yang melihatnya bertegur (berbual) dengan jiran lelaki” katanya.

Mangsa dilaporkan dalam keadaan stabil dan akan dirujuk ke Hospital Queen Elizebeth (HQE) Kota Kinabalu untuk rawatan lanjut.

Dalam perkembangan berkaitan, usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan dan siasatan diteruskan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan. – UTUSAN 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN