Dia sudah disenarai hitam - Nourul Wahab dedah sikap tidak profesional pengurus artis - Utusan Malaysia

Dia sudah disenarai hitam – Nourul Wahab dedah sikap tidak profesional pengurus artis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Mesej dan telefon tak berjawab.”

Demikian perkongsian Nourul Depp, 48, mengenai seorang pengurus yang bersikap tidak profesional ketika penyanyi berkenaan menyuarakan hasrat untuk menampilkan artisnya dalam konsert For You: Nourul, baru-baru ini.

Katanya, disebakan itu, pengurus tersebut dan artisnya telah disenarai hitam daripada bekerjasama dengan penyanyi berkenaan.

“Mengingatkan saya kepada kisah pengurus artis lelaki terkenal malaya. Mesej atau panggilan telefon tidak berjawab.

“Nak jadikan artis dia itu tetamu untuk konsert For You: Nourul lepas. Sampai sekarang ini saya dah senarai hitam dia,” dedahnya di Thread.

Nourul bagaimanapun tidak mendedahkan identiti pengurus terbabit.

Penyanyi yang popular dengan lagu Kerana Terluka itu memaklumkan cukup terasa dengan keadaan itu apatah lagi pengurusnya terpaksa menunggu jawapan hampir setiap hari dari pengurus artis berkenaan.

“Malas nak tengok muka artis dia itu walaupun artis dia tak buat salah pada saya. Kakak marah! Pengurus kami hari-hari menunggu,” katanya lagi. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN