53 maut bot bawa pendatang karam berhampiran pantai Syria

53 maut bot bawa pendatang karam berhampiran pantai Syria

syria
Sekurang-kurangnya 34 maut apabila bot yang membawa pendatang karam di perairan Syria.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DAMSYIK: Sekurang-kurangnya 53 orang maut dan beberapa lagi cedera selepas bot yang membawa pendatang dari Lubnan terbalik di perairan wilayah Syria pada Khamis, Kementerian Kesihatan Syria mengumumkan.

Setakat ini 20 orang telah diselamatkan dan diberikan rawatan perubatan di bandar pantai Tartous, berhampiran lokasi kejadian. kata kementerian itu, sambil menambah bahawa kerja-kerja mencari dan menyelamat masih dijalankan.

Memetik keterangan daripada mangsa yang terselamat, kementerian itu berkata bot tersebut berlepas dari Lubnan membawa pendatang dari beberapa negara yang tujuan mereka tidak diketahui.

Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, memetik sumber, berkata bot itu membawa antara 120 hingga 150 orang, termasuk rakyat Lubnan, Syria dan warganegara lain yang tidak dikenali, dan sedang menuju ke Cyprus.

Badan pemantau yang berpangkalan di UK berkata, sebuah helikopter tentera Syria dan bot nelayan tempatan mengambil bahagian dalam mencari mangsa yang terselamat. – Xinhua

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya