Haziq juara 200m Terbuka Malaysia

Haziq juara 200m Terbuka Malaysia

Muhammad Haziq Mohamad Akhir
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG: Ketiadaan pelari pecut Danish Iftikar Muhammad Roslee dan Pingirian Aidil Auf Hajam telah membuka peluang kepada Muhammad Haziq Mohamad Akhir untuk mengungguli saingan 200 meter (m) di Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia di Stadium UPM, hari ini.

Haziq mewakili Malaysia Univeristy menamatkan saingan tersebut 21.38 saat (s) meninggalkan pelari Sabah, Muhammad Muzaffarshah Abdul Sahidu di tempat kedua (21.39s) manakala gangsa milik Muhammad Umaira Subri dari Kedah (21.59s).

Mengulas lanjut, pelari berusia 23 tahun itu berkata, walaupun tidak Berjaya mengatasi catatan peribadi terbaiknya musim ini iaitu 21.01s yang dilakukannya di Kejohanan Olahraga Varsity Track and Field, Jun lalu namun Haziq tetap berpuas hati dengan pencapaiannya.

“Bagi saya, ini kejohanan yang besar jadi, saya sangat berbangga dan bersyukur kerana ini merupakan pingat pertama saya di Terbuka Malaysia.

“Insya-Allah, ini saya anggap menjadi satu titik permulaan untuk kejohanan-kejohanan yang akan datang,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

AKSI Muhammad Haziq Mohamad Akhir (tiga dari kanan) dalam final 200 meter di Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia dekat Stadium UPM, hari ini. UTUSAN/AMIR KHALID

Haziq berkata, selepas ini dia akan mengalihkan tumpuannya bagi menghadapi Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2026 akan berlangsung dari 10 hingga 20 Disember.

“Buat masa sekarang ini sudah 90 peratus persiapan. Saya ikut segala perancangan jurulatih dan harap dapat lakukan yang terbaik,” katanya.

Sementara itu, bagi saingan 200m wanita pula diungguli pelari Terengganu, Izzatul Musfirah Ahmad Kamal Azira dengan catatan masa 24.62s manakala perak dimenangi Franceine Jhobie Rosario dari Filipina (25.01s) dan gangsa milik Nur Aliya Najihah Muda juga dari Terengganu (25.19s).

“Saya berasa sangat lega, saya Berjaya habiskan dua acara semalam dan hari ini. Selepas ini saya boleh focus cara 4x100m esok. Saya juga amat bersyukur kerana ini merupakan catatan terbaik musim ini,” kata Izzatul.

Izzatul Musfirah Ahmad Kamal (kiri)

Dalam perkembangan berasingan, Izzatul juga layak beraksi di Kejohanan Olahraga Remaja Dunia Bawah 20 (B-20) di Oregon, Amerika Syarikat pada 5 hingga 9 Ogos ini.

Atlet itu layak beraksi di kejohanan tersebut selepas melakukan catatan masa 11.71 dalam acara 100m wanita semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN