Kelantan 'mandi' peluh sebelum jinakkan budak lepasan sekolah

Kelantan ‘mandi’ peluh sebelum jinakkan budak lepasan sekolah

Pertahanan Kelantan FC Arip Amiruddin cuba melepasi kawalan dua pemain Skuad Projek FAM- MSN.- IHSAN Kelantan FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kelantan FC dipaksa berkerja keras oleh ‘budak lepasan sekolah’ sebelum meraih kemenangan tipis 1-0 ke atas Skuad Projek FAM-MSN pada perlawanan Liga Perdana di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini, sebentar tadi.

Turun dengan misi mencari kemenangan bagi mengukuhkan kedudukan selaku peneraju liga, skuad The Red Warriors lebih banyak menguasai permainan sebaik sahaja tiupan wisel bermula dan beberapa kali berjaya menembusi kubu pasukan pelawat.

Gawang Skuad Projek diuji seawal minit ke lapan menerusi gerakan menarik yang direncana pasukan tuan rumah namun percubaan dilakukan Muhaimin Izuddin Muhamad Asri sekadar menggegar palang gol pelawat.

Anak buah Hassan Sazali Waras turut menunjukkan aksi melawan namun beberapa serangan mereka mudah dipatahkan oleh pasukan tuan rumah dan menyaksikan tiada jaringan dihasilkan pada babak pertama.

Bersambung babak kedua, Kelantan FC terus meningkatkan intensiti permainan dan terus melakukan serangan bertali arus ke kubu lawan yang utuh bertahan.

Dalam keghairahan menyerang, kem tuan rumah hampir dihukum pada minit ke-52 tetapi ketagasan penjaga gawang, Nik Mohd Amin Ahmad berjaya menyelamatkan gawangnya daripada dibolosi.

Jaringan yang dinanti-nantikan ribuan penyokong tuan rumah yang memenuhi stadium, akhir terhasil pada minit ke-76 hasil ledakan pemain gantian Abdul Latiff Suhaimi yang bijak memanfaatkan peluang daripada situasi kelam- kabut di hadapan gawang pelawat.

Ketinggalan satu gol di belakang, pasukan pelawat terus mempertingkatkan usaha untuk mencari gol penyamaan namun nasib tidak menyebelahi mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya