Gadis rentung kemalangan tunggak keluarga

Gadis rentung kemalangan tunggak keluarga

INTAN Liana Nordin menunjukkan gambar Nurul Emylia Natasha Zulkifli ketika ditemui di Kampung Pulau Lima, Pasir Puteh, Kelantan hari ini. - UTUSAN/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Gadis yang rentung dalam kemalangan maut di Kilometer (KM) 85 Jalan Kuala Terengganu-Kampung Raja, Terengganu semalam merupakan tonggak utama dalam menggerakkan ekonomi keluarga.

Nurul Emylia Natasha Zulkifli, 20, terpaksa menggalas tugas sebagai ‘ketua keluarga’ selepas bapa tirinya hilang upaya untuk bekerja akibat serangan penyakit angin ahmar.

Sepupu mangsa, Nor Intan Liana Nordin, 38, berkata, sejak itu keluarga bergantung sepenuhnya Nurul Emylia Natasha untuk mencari wang bagi menampung kehidupan harian mereka.

“Arwah merupakan anak sulung daripada tiga beradik dan bekerja sebagai pembantu jurujual di sebuah kedai nasi ayam di pusat bandar Pasir Puteh,” katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Pulau Lima, di sini hari ini.

Nor Intan Liana memberitahu, dia sama sekali tidak menyangka perubahan sikap arwah yang bertukar menjadi pendiam sejak seminggu lalu menjadi petanda ajal.

Katanya, selain itu beberapa hari sebelum kejadian arwah ada memberitahu untuk berhenti kerja buat selamanya tanpa memberi sebab yang munasabah.

“Dia juga mengajak rakan-rakannya keluar ke Pasar Malam untuk menikmati chicken chop yang dikatakannya untuk melepaskan rasa kempunan,” ujarnya.

Nor Intan Liana berkata, arwah sebelum itu keluar untuk menghadiri taklimat khas pengambilan lesen memandu di sebuah institusi memandu di Bachok pagi kelmarin bersama seorang kenalan lelakinya sebelum berkemungkinan bergerak ke Kuala Terengganu selepas itu. 

Katanya, seluruh ahli keluarga tahu mengenai kejadian tersebut kira-kira pukul 7 malam selepas menerima panggilan telefon daripada pihak polis.

Tambahnya, jenazah Nurul Emylia disolatkan di Masjid Kampung Pulau Lima di sini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tebing Tinggi selepas solat asar semalam. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya