15 terbunuh Russia bedil timur Ukraine

Sekurang-kurangnya 15 terbunuh Russia bedil timur Ukraine

Russia
ANGGOTA pasukan perubatan merawat tentera yang cedera akibat serangan Russia du Donbas, Ukraine. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CHASIV YAR (Ukraine): Penyelamat Ukraine bertungkus lumus mencari mangsa yang terselamat di bawah runtuhan bangunan pangsapuri yang terkena serangan peluru berpandu Russia yang membunuh sekurang-kurangnya 15 orang, ketika tentera Moscow berusaha untuk menyatukan kawalan mereka ke atas wilayah Donbas.

Bangunan itu sebahagiannya musnah akibat serangan itu, yang disaksikan oleh wartawan AFP yang berada di tempat kejadian, di mana berpuluh-puluh penyelamat bekerja keras mengalihkan serpihan runtuhan.

“Semasa operasi menyelamat, 15 mayat ditemui di tempat kejadian dan lima orang ditarik keluar dari runtuhan ‘hidup-hidup’ di bandar Chasiv Yar,” kata perkhidmatan kecemasan tempatan di facebook pada Ahad.

“Sekurang-kurangnya 30 yang lain berada di bawah runtuhan” bangunan empat tingkat itu selepas ia terkena peluru berpandu Uragan Rusia, kata gabenor wilayah Donetsk, Pavlo Kyrylenko sebelum ini di Telegram.

Pasukan penyelamat setakat ini dapat berhubung dengan tiga mangsa di bawah runtuhan akibat serangan Russia itu, kata perkhidmatan kecemasan.

“Sesiapa yang memberi arahan terhadap serangan sebegini, menyasarkan bandar kita, kawasan perumahan adalah membunuh dengan sengaja,” kata Presiden Volodymyr Zelensky dalam ucapannya, sambil erikrar bahawa pelaku akan dibawa ke muka pengadilan.

Seorang penduduk di Chasiv Yar, yang tidak menyatakan namanya, menunjukkan kepada wartawan AFP serpihan apartmennya.

“Semalam, pukul 11 atau 10 malam, saya berada dalam bilik tidur, dan ketika saya keluar semuanya bergegar dan dan retak…,” katanya.

“Satu-satunya perkara yang menyelamatkan saya adalah apabila saya berlari ke sini, kerana sejurus selepas itu semua ini terhempas.” – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya