KANGAR: Kes penyelewengan dana kira-kira RM230 juta membabitkan urus tadbir dalaman sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), bukan melibatkan kepincangan pengurusan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs). Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin berkata, MAIPs mengagihkan dana itu mengikut prosedur yang sah selepas pembayar zakat mencadangkan NGO terbabit sebagai penerima di bawah kategori asnaf fisabilillah. Katanya, pihak MAIPs turut melakukan pengauditan setiap tahun terhadap NGO tersebut…










