OKU tawan puncak kedua tertinggi dunia

Ravichandran tawan puncak K2

RAVICHANDRAN Tharumalingam mengibarkan Jalur Gemilang sebaik sahaja tiba di puncak Gunung K2, Pakistan, pada Jumaat lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pendaki solo dari negara ini yang merupakan orang kurang upaya (OKU), Ravichandran Tharumalingam berjaya menawan puncak gunung kedua tertinggi dunia, Gunung K2, Jumaat lalu. 

Menurut Ravichandran, 57, dia berjaya menawan gunung di Pakistan dalam banjaran yang sama Everest iaitu Himalaya kira-kira pukul 10.50 pagi waktu Malaysia. 

“Saya berada bangga kerana berjaya mendaki gunung setinggi 8,611 meter (m) itu setelah berjaya mendaki Gunung Everest, Nepal pada 12 Mei lalu. 

“Kejayaan saya Jumaat lalu dibantu lima pendaki solo terhebat dunia serta lima orang sherpa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, beliau yang kehilangan beberapa batang jari tangan kanan dan kiri itu turut menzahirkan penghargaan kepada ahli keluarganya, pihak penajanya serta seluruh rakyat Malaysia yang sentiasa memberi sokongan kepadanya selama ini. 

Gunung K2 atau nama tidak rasminya Gunung Godwin Austen terletak di bahagian Karakoram dari Himalaya antara Pakistan dan China, ia disifatkan sebagai paling sukar didaki kerana cuaca dan permukaannya lebih curam dan berbahaya berbanding Everest.

Dalam pada itu, Ravichandran memberitahu usahanya selama ini adalah membuktikan golongan OKU seperti dirinya mampu melakukan apa sahaja berbekalkan kemahuan serta iltizam yang tinggi. 

“Saya juga hadiahkan pencapaian ini bersempena dengan sambutan kemerdekaan negara yang ke-65 pada tahun ini. 

“Sokongan seluruh rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum dan agama sentiasa berada di minda saya sepanjang ekspedisi pendakian ini,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya