KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) mengesahkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) telah meluluskan permohonan pertukaran nama Parti Cinta Malaysia (PCM) kepada Parti Wawasan Negara (Wawasan Negara) berkuat kuasa 6 Julai lalu.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, susulan kelulusan itu, Parti Wawasan Negara secara rasmi menjadi parti anggota PN menggunakan nama baharunya bermula pada tarikh tersebut.
Beliau berkata, pengesahan itu adalah selaras peruntukan Fasal 6.5 Perlembagaan PN.
“Perikatan Nasional menerima pemakluman pihak ROS telah meluluskan permohonan pertukaran nama Parti Cinta Malaysia (PCM) kepada Parti Wawasan Negara pada 6 Julai 2026.
“Sehubungan itu, Parti Wawasan Negara secara sah menjadi parti anggota Perikatan Nasional atas namanya mulai tarikh tersebut berdasarkan peruntukan Fasal 6.5 Perlembagaan PN,” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN








